Suatu ketika datang seorang arab badwi ke masjid Nabawi.
Tak semena dia kencing d tengah-tengah kawasan solat. Apabila perkara ini d lihat para sahabat, maka ada antaranya yang hendak "mengajar" badwi itu.
Biadap. Kurang ajar.
Tapi Nabi s.a.w., rahmat buat seluruh alam (bukan hanya untuk manusia, bahkan seluruh ciptaan ALlaah S.W.T!) menahan amarah mereka. D biarkan badwi itu melepaskan hajatnya dan berlalu.
Begitu juga ketika Baginda s.a.w. d herdik, d cerca dan d hujani batu ketika baginda s.a.w mengunjungi Taif dalam misi da'wah.
Maka datanglah malaikat. Simpati terhadap rahmat sekelian alam.
Mahu saja d terbalikkan bumi Taif. Namun Muhammad s.a.w rahmat untuk sekelian alam, menahan malaikat dari bertindak. Bahkan d du'akan agar mereka d kurnia hidayah.
Banding saja mereka yang bergelar ketua agama dan pemimpin negara Islam.
Tanpa selidik, non Muslim d herdik. Hanya kerana dia berada d dalam masjid. Untuk apa dia d dalam masjid? Adakah dia masuk sesuka hati?
D mana jiwa besar pembesar bergelar ketua agama? Begitu jauh antara petunjuk Muhammad s.a.w., bukan sahaja si badwi masuk ke ruang solat, bahkan d kotorinya dengan secara jelas.
Kini giliran Perdana Menteri pula bersuara. Mahu mentarbiyah. Acuan fatwa ulama. Ikutilah fatwa yang d keluarkan, ngomelnya.
Tak kurang menghembur kata-kata yang bertentang dengan lapuran hadirin - atau memang jahil tak tahu membeza antara tazkirah dan memberi makluman pemberian yang datang berkunjung.
Orang kata didikan yang baik bermula dari rumah.
Lihatlah gambar, dengan hati dan minda terbuka, jangan memilih kalau benar nak menegur.
Apakah hanya bukan Islam perlu berpakaian menutup rambut ketika d dalam masjid?
Pelajarilah dan selamilah petunjuk Muhammad s.a.w.
Terutama pembesar, kerana kalian d perhati umum.
Jangan nanti d katakan ketam mengajar anak berjalan lurus!
Comments