Amarah ummat d penghujung Ramadhan meluap.
Gara-gara iklan hari raya TV3.
Mungkin amarah sama tahapnya dengan ghairah mencari Laylatul Qadr.
Rata-rata menyebut agenda tersirat pihak tertentu nak menyamakan agama Islam.
Atau mahu membawa ajaran pelbagai agama dalam iklan hari raya terbitan TV3 itu.
Maka sudah ada suara mahu pengarah kreatif TV3 (kebetulan atau tidak bukan Islam/melayu) d ambil tindakan.
Benar, iklan itu ada membuka pelbagai pintu persoalan. Dan masih ada nilai sensitiviti ummat.
Tapi, sensitiviti haruslah berpaksi pada isu sebenar.
Bukankah iklan itu manifestasi dari polisi 1Malaysia?
Bukankah juga ianya manifestasi dari polisi kerajaan yang menggalakkan kongsi raya?
Kenapa d tuju kepada pengarah kreatif itu?
Dia hanya bekerja berdasarkan polisi dan kemahuan 1Malaysia?
Kenapa tidak d tuju kepada akar umbi permasalahan ini?
Jangan d heret agenda permusuhan kaum dan agama demi mempertahankan sisa kekuasaan pihak yang makin tersepit!
Comments