Walaupun pelbagai "kata semangat" yang d utarakan oleh tokoh niaga dan kerajaan semakin kedengaran, namun kesan ekonomi merudum dunia terus d rasai d UAE - terutamanya Dubai - mengingatkan kembali persoalan apa mungkin wujud gelembung ekonomi (economic bubble) d Dubai?
Dubai yang d bangunkan dengan penuh gah d penuhi dengan pelbagai penjenamaan "ter" (terbesar, tertinggi, termahal, dan sewaktu dengannya). Dengan pelbagai projek mega, ramai pemerhati dan penganalisa memberi pandangan perlunya Dubai mengambil langkah berhemah dalam membangunkan prasarana mega secara serentak.
Ada juga yang melahirkan kebimbangan akan pecahnya gelembung Dubai dengan pelbagai tekanan kredit bagi menampung pelbagai projek yang d aspirasi menjadikan Dubai gergasi destinasi pelancungan dan niaga.
Namun ada yang menafikan akan putaran turun naik sesebuah ekonomi - walhal merudumnya ekonomi dunia berteraskan sistem kapitalis pasti melanda mereka yang juga beramal dengan sistem yang sama.
Semalam buat pertama kalinya (seingat teman), Gabenor Bank Negara UAE menyatakan akan ada pihak yang merasa perit dek merudumnya ekonomi.
Sebelum ini cakap-cakap syarikat gergasi mula memberhentikan pekerja seolah dan memberhentikan projek mega cuba d kesampingkan. Namun, tiada apa yang boleh menyembunyikan fakta dan angka.
Beberapa lapuran Arabian Business hari ini sedikit sebanyak mengesahkan Dubai dalam krisis. Berat atau tidak, mengikut tafsiran dan imaginasi tersendiri.
Dubai Mall - pusat beli belah terbesar d rantau ini d buka minggu lalu (setelah beberapa kali tertangguh). Dengan keluasan 50 buah padang bolasepak dan aquarium terbesar d dunia, Arabian Business melapurkan 79% daripada survey yang d jalankan menyatakan tidak akan membeli belah d pusat membeli belah yang terletak d kaki bangunan tertinggi d dunia, Burj Dubai Petunjuk apa ini?
Emirates - syarikat penerbangan milik kerajaan Dubai melapurkan keputusan setengah tahunnya. Keuntungan merudum mencecah 88%. Apakah turbulence ini bersifat sementara?
Lloyds TSB - tiada lagi pinjaman perumahan (apartment) buat pelanggan d UAE. Dubai yang menjadikan hartanah sebagai salah satu denyut jantung pembangunannya sudah pasti akan lebih tertekan jika pihak bank membuka jalan sukar bagi pembeli
HSBC - Pinjaman bank hanya buat mereka yang berpendapatan Dhs.20,000 sebulan.
DFM - d waktu kebanyakan pasaran saham dunia mendapat lonjakan ( dek keputusan China menampung krisis ekonomi dengan dana hampir USD600 billion), pasaran saham Dubai terus merudum. Beberapa saham sudah mula d niagakan d bawah Dhs.1! Syarikat gergasi Emaar (empunya Burj Dubai dan Dubai Mall) d niagakan d bawah Dhs.5!
Persoalan ada atau tidak gelembung Dubai - masih menjadi perdebatan! Namun yang pasti, petunjuk d atas cukup menggerunkan pelbagai pihak - baik yang percaya adanya gelumbung Dubai (yang bakal meletup )mahupun sebaliknya!
Recent Comments