Selamat Hari Raya 'Eidulfitr 1431H. Lewat skit nak ucap. Better late kan dari tiada lansung?
TaqabalaLlaahu minna wa minkum. Moga ALlaah SWT menerima 'amalan kita bersama.
Maaf zahir dan bathin.
Ramadhan tahun ini rasanya amat terisi dengan pelbagai program komuniti.
Bersama warga MY-UAE. Program Ihya' Ramadhan. Meraikan tetamu istimewa sepanjang bulan istimewa. Muaz dan Yaasir pula sempat sertai musabaqah hafalan d masjid kami.
Gambar d bawah d ambil jurugambar Khaleej Times untuk temuduga Ramadhan dperantauan (beberapa jam d rumah untuk d temuduga. malangnya, tak sempat nak keluar). Asma dan kawan-kawannya Irdina dan Ilham saja yang d papar dalam Khaleej Times (d sini).
Video pula siaran Dubai TV untuk rancangan City Wrap - memaparkan segmen Ramadhan d kalangan keluarga ekspatriat d Dubai. Edisi Malaysia amat special! 3 keluarga sekali dalam sessi hari itu (my interview session, Zaida's bubur lambuk dan Nani's kuih koci).
Rakaman d buat dengan iPhone 4. Untuk paparan lebih jelas boleh ke laman Dubai TV (City Wrap) d sini
Sempat juga d hubungi Al Jazeera untuk rakaman yang serupa. Kongsi peluang untuk teman lain pula bagi siaran Al Jazeera.
Moga kita bertemu lagi Ramadhan mendatang!
Recent Comments