Macam-macam cara orang nak meniaga (cari duit). Dalam era segalanya "e", pelbagai "e" d perkenalkan. eBook, eNiaga dah memang kita sebati (dan bermacam lagi "e" dalam dunia maya masa kini). Semalam dalam jalan-jalan memerhati produk terbaru d Gitex, terserempak dengan produk "e" terkini.
eRokok!
Ya, tampak penuh inovasi. Bisa memberi provokasi pada pasaran massa. Marketable dengan nilai keunikannya. Booth yang memperagakan eRokok d penuhi yang minat dan yang terkebil (termasuk aku!).
Manakan tak terkebil, tiada bahan api yang terbabit. Catridge (yang d perbuat dari air dan bahan kimia yang katanya tiada kesan sampingan), chip, bateri dan lampu led merah (seolah menyalanya eRokok) melengkapkan struktur eRokok!
eRokok keluaran Ruyan dari China ini dalam bentuk curut (d beri nama e-Gar), paip (ePipe) dan rokok (Ruyan V8).
Dua orang yang memasarkan produk ini termasuk seorang doktor. Keduanya petah bercakap, sambil menghembus asap eRokok yang tidak berbau.
Recent Comments