Huda TV merupakan salah satu dari hanya beberapa stesen TV satelit Islami yang menyiarkan program dalam bahasa Inggeris. Kami sekeluarga sering nonton beberapa rancangan yang bukan sahaja senang d fahami, malah dengan isu kontemporari dan gaya persembahan yang kadangkala santai membuatkan kami teruja. D UAE, Huda TV boleh d capai melalui satelit Nile Sat. Pelbagai slot dan program untuk pelbagai umur dan latar belakang d sediakan. Huda TV berkongsi informasi, pandangan dan pelbagai tips dalam memahami dan menghidupkan Islam sebagai rahmat untuk sekelian alam (Ust Hussein Yee juga merupakan salah seorang yang sering ke udara d Huda TV) Huda TV kebelakangan ini dalam keadaan yang agak sukar dan mencabar. Mengendalikan operasi dan menyediakan program terkini dan sesuai buat ramai ke serata pelusuk dunia memerlukan dana yang agak tinggi. Bro Bilal Abdul Kareem (yang pernah menjadi speaker jemputan beberapa program bulanan kami d sini) pernah beritahu tahun lepas Huda TV hampir lumpuh, sebelum ada dermawan tampil memberi sumbangan. Huda TV sudah banyak menyumbang kepada orang ramai dengan pelbagai program Islami yang memberi sinar d dalam rumah-rumah kita. Mungkin masanya kita menyumbang pula kepada kesinambungan kerja-kerja siaran dan da'wah yang d buat oleh Huda TV. Sila capai Link ini jika ingin menyumbang ke arah kesinambungan Huda TV. Jangan biarkan Huda TV padam! Sama-sama kita bantu membantu dalam perkara kebaikan dan taqwa.
Recent Comments