Masyarakat Singapura sudah lama bertapak di UAE. Sejarah persahabatan dan dagang antara UAE dan Singapura punya sejarah yang agak panjang. Masing-masing punya ciri yang agak sama. Sama-sama posisi diri sebagai hub perdagangan rantauan. Singapura yang lebih awal established sebagai pelabuhan dan hub rantauan dan antarabangsa menjadi model bagi UAE (Dubai khususnya).
Emiratis dihantar ke Singapura, mempelajari selok belok bagaimana Singapura city-state yang selalu saja diranked antara bandar yang senang berurus niaga (paling efisien, most connected city, dan banyak lagi!). Antara yang "belajar" di Singapura ialah Economic Department Chief dan CEO Emaar, Mohammed al Abbar (juga rakan niaga Syed Mukhtar Bukhary). Khabarnya dia dihantar oleh kerajaan Dubai beberapa tahun untuk mempelajari economic model Singapura.
Sebagai timbal balik, UAE pula memberikan kemudahan kepada Singaporeans untuk datang ke UAE sebagai peniaga, pemodal mahupun untuk berkarier. UAE senang dengan Singapura, Singapura juga senang dengan UAE. Sama mengaut manfaat, bukan bersifat berat sebelah!
Di UAE, masyarakat Singapuralah yang "memperkenalkan" aku pada komuniti Malaysia semasa mula menapak di UAE, Januari 1999. Ramli dan isterinya Rabiah, Bang Fuad dan isterinya Kak Zah, Abdullah Fujairah (yang dah pulang ke Singapura), Rizal dan isterinya Kak Saadiah, Bang Hamid dan Ghani antara yang terawal aku kenal. Komuniti Malaysia waktu itu agak kecil, dominannya pegawai Petronas. Selalunya kami berkumpul sama di rumah Bang Fuad. Ada Pak Ungku - business man, juga kerabat Johor. Bersama juga dengan Pak Eddy dan Pak Amru, dua "pembesar" dari negara seberang (Indonesia).
Walau ketika itu aku yang paling junior dari segi usia, pergaulan dan persahabatan
dengan mereka agak akrab. Bang Fuad dan Pak Amru antara yang "senang" digauli. Keduanya agak senior. Dari segi usia dan pangkat (di kantor). Bang Fuad saja sudah lebih 25 tahun di UAE. Namun menyombong diri dan mengaku "serba tahu" tak pernah dijelmakan! 'Eidulfitri pertama (1999) berjauhan dari keluarga kurang terasa bila Bang Fuad offer bermalam di rumahnya malam 'Eidulfitri. Meriah, antara yang ada malam tu keluarga Ramli, keluarga Abdullah Fujairah dan Suhaimi - berbuka, teraweeh dan bersembang panjang.
Malam Raya tu Bang Fuad dan aku bersembang panjang - seingat aku hal politik Malaysia, kes Anwar Ibrahim! Bang Fuad memang peka perjalanan politik dan ehwal semasa Malaysia. Dia masih punya saudara mara di Malaysia (selepas Singapura keluar dari Malaysia, ada antara keluarganya yang terus menetap di Malaysia).
Pemerhatianku, masyarakat melayu/Islaam Singapura lebih ikhlas, ramah, berterus terang dan komited. Program "usrah" yang sama kami usahakan bersama Bang Fuad, masyarakat Singapuralah yang paling komited. Selalu hadir. On time! Jika ada yang tidak dapat hadir, mereka akan terlebih dahulu inform - tak menyusahkan penganjur dan tuan rumah, dalam nak budget kehadiran. Jika ada yang membawa anak, sudah pasti anak-anak mereka tidak seperti anak-anak yang lain - dibiarkan berlari kesana sini - kekadang mengganggu perjalanan majlis.
Masyarakat Melayu/Islaam Singapura di sini lazimnya bertindak secara berkumpulan, tidak ada yang cuba menonjol diri - lebih "pandai" dari yang lain. Atau cuba claim glory peribadi. Giving credit where and when its due. Menjauhi prasangka. Resipi persahabatan yang berpanjangan!
Rasanya masyarakat Melayu Islaam Singapura, being a minority group di Singapura lebih membawa manfaat dari menjadi majoriti seperti di Malaysia. Walaupun lebih kosmo, mereka lebih akrab. Lebih kompetitif. Berdisiplin. Lebih ketimuran. Lebih Islamik!
Minggu lepas sempat bersama mereka di rumah Bang Fuad. Istimewa eventnya.
Istimewa tetamunya. Eventnya pemberian derma masyarakat Melayu Muslim Singapura pada pertubuhan Islaam di Singapura. Tetamu istimewanya Mufti Singapura, menerima derma untuk pembinaan bangunan yang lengkap dengan sekolah, IT lab, library dan kemudahan sosial. Mulai dengan tazkeerah Ramadhan. Berbuka. Teraweeh bersama.
Muka-muka baru dan lama ramai bersama. Selain tuan rumah - Bang Fuad dan Kak Zah, Ramli, Rizal, Ghani, Bang Hamid, Bang Yunus, Pak Amru, Dr. Ahmad, Noor Beck dan ramai lagi memeriahkan majlis. It was also a promo event, promosi persatuan Melayu Muslim Singapura di UAE yang baru tertubuh. Terkesan skali. Persatuan untuk membangun ummat di Singapura.
Antara objektifnya ialah empowerment of Melayu Muslim Singapura melalui training, job placement di UAE dan sekitarnya selain dari menjalankan program sosial dan insani buat Melayu Muslim
Singapura yang sudah berada di UAE. Program talk di Singapura pada prospects yang nak ke UAE dan sekitar dah dijalankan. Kerjasama persatuan Islaam di Singapura. "Inilah cara kami membantu saudara kita", kata Bang Fuad - salah sorang tenaga di balik penubuhan persatuan ini. Sudah menampakkan kesan. Komuniti mereka bertambah besar dengan program job placement. Bukan sembarang placement! Mid-level above. Memang level ini tiada kesempatan, jika terus menetap di Singapura.
Aspirasi sama. Pernah juga aku diminta bercakap di sebuah syarikat kepunyaan entreprenuer Pakistan di Dubai pada new executivesnya. Eve new year 3 tahun lalu!
Ideanya sama, empowerment of our Ummah. What an experience waktu itu! 5-6 tahun lalu pernah juga beberapa teman dari pelbagai negara ummat berbincang penubuhan placement agency dan beberapa empowerment program. Kami bersama membawa idea pada Dr. Bilal Philips di pejabatnya. Oleh sebab aku "agak kenal" Dr. Bilal, aku diminta menjadi jurucakap dalam pertemuan malam itu!
Bersama aspirasi yang sama, sempat aku berkongsi beberapa idea - mungkin boleh laksana program bersama persatuan Singapura untuk manfaat ummat. Setidaknya ummat dari benua nusantara. Tak dipersiakan. "Memang itu ada dalam agenda kami", sampuk Dr. Ahmad, Naib Presidennya. Pak Amru juga bersama.
Ciri Melayu Muslim Singapura yang agak ketara! Open. Ready to listen dan engage. Aggresive!
Mudah-mudahan ada terhasil sedikit usaha buat manfaat ummat.
Selain pergaulan dengan Muslim community di Tulsa semasa belajar dulu, bersama masyarakat Melayu/Islaam Singapura di UAE merupakan antara pengalaman dperantauan yang paling bermanfaat!
Recent Comments