Sempat bersama Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Dr. MAZA) weekend baru ni. Walaupun selalu membaca artikel dan mengikuti perkembangan semasa Dr. MAZA (melalui teman dan media), bertemu dan menadah telinga mendengar lansung dari beliau amat berlainan sekali.
Dr.MAZA seorang yang cepat mesra.
Walau sebelum ini pernah menghubungi beliau melalui emel dan talifon, ini merupakan kali pertama kami berjumpa. Persepsi umum mengenai Dr. MAZA bermacam, kalau boleh d buat kesimpulan.
Golongan tradisional pasti melihat beliau dengan kacamata "anti-wahabi" mereka. Pandangan Dr.MAZA pada mereka seakan "menentang" kefahaman Islami yang dah bertapak d Malaysia sejak turun temurun.
Pada mereka yang berada d pihak kerajaan pula, Dr.MAZA pedas orangnya. Apa saja yang tak kena, pasti d kritik. Termasuklah kepimpinan negara. Begitu juga dengan pihak PAS, kritikan tak lekang jika ia d lihat lari dari matlamat perjuangan mereka.
Aku, bagaimana?
Sessi Dr.MAZA d Dubai, pada sesetengah adalah rentetatan dari beberapa sessi bersama tokoh dari negara yang sealiran. Sebelum ini sessi bersama Ustadz Hasrizal dan Ustadz Hussein Yee mendapat sedikit "kelainan". Baik dari segi approach, mahupun content.
Aku meraikan pandangan Dr.MAZA. Terus terang, dari segi fiqh aku lebih selesa dengan pendekatan salaf. Kepelbagaian pandangan yang berdasarkan nas yang jelas pada aku mematangkan kita dalam melihat asas/tujuan sesuatu perkara/ibadah yang d seru. Apalagi Dr.MAZA seorang yang kuat berpegang dengan perlunya kita melihat nas dalam sesuatu perkara/ibadah yang bersangkutan dengan Islam.
Pada sesetengah masyarakat, mereka ini d lihat sebahagian dari mereka yang membawa fikrah "kaum Muda". Mereka yang berciri reformis (tajdid).
Pernah juga aku bertanya pada Tuan Guru Abdul Hadi tentang pendekatan salaf, beberapa tahun dulu sewaktu beliau berkunjung ke rumah d Dubai. TGH menjawab, aqeedah salaf aqeedah yang sahih dan terbaik.
Atas dasar inilah, keinginan untuk berkongsi pendekatan bersama rakyat Malaysia d UAE jemputan kepada Dr.MAZA d panjangkan (program yang d rancang bersama dengan sahabat d Qatar).
Recent Comments