"Semua siap?", aku bertanya pada anak-anak dan Ani, isteriku.
"InsyaALlaah", jawap mereka hampir spontan. Sejak "d umumkan" perjalanan kami sekeluarga untuk mengerjakan ibadah 'umrah, semua menguruskan persiapan dengan bersemangat dan penuh minat.
Lebih dari persiapan tahunan nak bercuti musim panas ke Malaysia.
"Family outing" berbentuk ibadah khusus!
Aku pulak looking forward untuk trip kedua ke Haramain (2 tanah Haraam - Makkah dan Madeenah), selepas menunaikan ibadah Haji tahun 2001 dulu.
Urusan d permudahkan
Kesemuanya seronok dan amat mudah. Syukur. Sejak dari urusan memohon visa sampai ke proses melansaikan urusan dengan hamlah (ejen) d Sharjah.
Ada yang bertanya kenapa hamlah dari Sharjah?
Sebabnya kuota 'umrah Dubai dah penuh. Terpaksa ke Sharjah. Dan hamlah Shahba' memang antara hamlah yang punya brand - baik servisnya dan kuota 'umrah yang agak "lumayan" (haji 2001 dulu pun dengan hamlah dari Sharjah - hamlah Al Fajr).
Rekomen oleh Mushil dan Nani.
Persediaan kami, ALhamduliLlaah amat dpermudahkan. Hari kami membuat suntikan antibodi d Hospital Baraha, kami sekeluarga yang "meramaikan" dan "menggamatkan" ruang menunggu. Selesai, tak sampai 10 minit!
"Wah, walaupun ada yang kata perjalanan dengan anak-anak mungkin leceh namun starting point kami nampak mudah", fikirku dalam hati.
Mungkin ramai yang tolong mendu'aakan perjalanan kami. Termasuk du'aa kedua orang tua dan ahli keluarga terdekat. ALlaah saja yang dapat membalas du'aa yang mendu'aakan kami.
Selesai suntikan, paspot kami d serah kepada hamlah. Bersekali dengan 3 keping gambar ukuran paspot yang berlatar belakangkan warna putih. Juga surat pengesahan kerja dari majikan buat Konsulat Saudi d Dubai. Fulusnya? Dhs.250 seorang.
Persiapan awal
Selain bersiap secara fizikal, persiapan mental dan ruhiyyah perlu juga d beri penekanan.
Ani tak henti memberi panduan kepada anak-anak kami, baik dari segi teori mahupun dari segi amali. Muaz, anak sulung kami d pakaikan kain ihram - d ikat seperti yang d ajar Dr. Akram (sewaktu sessi Haji beberapa tahun yang lalu).
Selain itu anak-anak d beri mental exercise - persediaan d Haramain. Expectation d sana. Ramainya manusia dan pelbagai karenah perlu d expose. Buat persediaan awal dan beberapa tindakan yang mungkin boleh d ambil - jika terpisah, apa perlu d buat, contohnya.
Recent Comments